Ads 468x60px

Labels

Tuesday, January 27, 2009

Dunia Kraftangan Seni Dawai Nama

Selamat datang ke dunia seni dawai nama, ini adalah salah satu
jenis seni yang agak baru bagi pasaran Malaysia tetapi sudah lama bertapak di US. Ia juga adalah satu hobi yang mampu menjana pendapatan bagi anda.

Sama ada anda mencari sesuatu untuk menambah atau menggantikan pendapatan anda atau hanya mencari sesuatu hobi yang baru, ini adalah pilihan yang baik.Tahniah saya ucapkan!

Biarlah saya berterus terang, Seni Kraftangan Dawai Nama ini tidak senang tetapi ianya tidaklah susah sangat nak dipelajari.

Ianya tidak memerlukan banyak wang untuk mempelajari asas dan teknik membengkokkan dawai. Anda perlu

a. meluangkan banyak masa pada awalnya,
b. segulung dawai Galvanized Iron setebal 1.0 mm(ini lebih mudah dibengkokkan berbanding dengan jenis stainless steel bersaiz sama)
c. beberapa pasang pliers,
d. Idea yang datang pada masa itu.

Satu-satunya cara untuk mahir dalam seni ini adalah dengan berlatih, berlatih dan berlatih lagi sampai mahir dan sehinggalah anda menemui gaya penulisan dawai anda sendiri.

Ianya sama seperti gaya tulisan tangan anda sendiri, sebelum anda menemui gaya penulisan anda sendiri, anda kena mengikuti dan berlatih berdasarkan tulisan seseorang.Betul tak? Dan saya rasa berbesar hati hendak mengajar anda 'menulis' yang mana bila anda sudah mahir nanti, anda akan dapat mengajar orang lain menulis juga. Itulah kepuasan terbesar saya dalam bidang kraf seni dawai nama ini, apabila seni ini dikenali ramai di Malaysia.

Pada awal saya belajar 'seni dawai nama ini', saya banyak surf di internet mencari gambar-gambar yang boleh saya dapati secara percuma dan saya cuba 'tiru' bagaimana mereka membengkokkan dawai. Orang kata "imitation is the greatest form of flattery"

Memang ada juga ebook dan dvd yang di jual di dalam internet tetapi harganya sangatlah mahal bagi saya yang baru hendak memulakan perniagaan kraftangan seni dawai saya secara online pada masa itu. Oleh itu, setelah mengambil kira start-up kos yang mahal kalau membeli dvd ity, saya membuat keputusan untuk 'go ahead' dengan perniagaan ini dengan cara 'trial and error'.

Banyak jugalah yang saya rugi dan kesilapan yang saya lakukan namun saya ingin mengongsikannya dalam blog ini agar anda yang hendak memiliki perniagaan kraftangan secara online anda sendiri akan dapat mengelak dari melakukan kesilapan-kesilapan yang saya sudah lakukan.

Saya suka seni ini dan saya akan terus 'membengkokkan' dawai dalam tahun-tahun yang akan datang. Saya juga memiliki satu blog khas mengenai 'wirename' ataupun kraftangan seni dawai nama ini.

Lawat Blog saya di www.wirename-craft.blogspot.com. Selalulah lawat agar anda akan diupdatekan untuk sebarang perubahan dalam dunia dawai nama. Setiap maklumat terkini akan saya poskan di sana. Ini memudahkan anda agar anda tidak perlu menghabiskan masa berjam-jam mencari-cari di internet.

No comments:

 

Testimonials


I bought the 'How to Make Wire Names" book and I am GLAD I found it. I am a 66 yr old disabled man on dialysis and now I have a way to make a living!

Doing wire names at festivals and farmers markets and my worst day I made $100. Usually I make between $200 & $300 a day. Not bad for "working" 10 hours on a weekend.

I love what I am doing and the people I meet making wire name pins and pendants
Thanks for showing me this opportunity...

By Peter Lansing



Get it Here



What Will You Get?


Now with 162 pages jam packed with Instructions and Photographs. This Skill could make all the difference to how you make money in the future..