Ads 468x60px

Labels

Saturday, January 31, 2009

Ebook Panduan Perniagaan Kraftangan Online PREVIEW

Pelajari rahsia menjual di Ebay dan juga laman web yang lain.Hampir setiap hari beribu-ribu orang seperti kita menjual apa-apa sahaja barang yang boleh Ddibayangkan dan mereka jual di internet. Dan kenapa kita tidak boleh, kan? Hanya dengan menggunakan beberapa teknik mudah, kita akan berjaya membuat jualan di internet.

Dalam ebook ini juga disertakan interview dengan orang-orang yang sudah berjaya membuat duit secara online di ebay dan laman web lain seumpamanya dengan hanya menjual kraf yang mereka buat sendiri dari rumah.

Tidak kiralah samada anda melakukan perniagaan kraf anda secara part-time maupun secara full-time, maklumat-maklumat yang terdapat dalam ebook ini tak ternilai harganya.

Anda tunggu apa lagi? Jom kita bermula...

Bahagian 1: Era Baru Pemasaran

Terdapat sesuatu yang sangat hebat sedang terjadi sekarang dalam bidang penciptaan dan penjualan bagi barang kraftangan. Untuk kali pertama dalam sejarah, pencipta barang kemas atau kraftangan boleh menjual kraf mereka secara langsung kepada pengguna dengan menggunakan internet tidak kira dimana pun mereka berada! yang penting ada sambungan internet dan komputer.

Wow!-- orang tengah tidak lagi diperlukan. Secara terang-terangan, ORANG TENGAH menghilang lebih cepat daripada hutan rimba yang menghijau. Dengan penciptaan Ebay dan laman lelongan di Internet, satu platform berjual-beli telah dicipta yang dahulunya tidak wujud !

Cuma anda fikirkan tentang hal ini----duduk dan renungkan sebentar mengenai apa yang ada depan mata kita. Sejak sekian lama, orang yang menjual kraftangan memerlukan seorang wakil jualan, sebuah kedai atau butik untuk menjual barangan mereka. 50% daripada hasil titik peluh mereka dengan segera hilang ditelan oleh hal-hal ini.

Mengapa?
Ini ada beberapa masalah yang harus diatasi bagi menjual kraftangan mereka
#1-Perlunya bangunan atau kedai untuk menjual kraftangan mereka
#2-Perlunya modal perniagaan yang BESAR untuk mula menjual kraftangan mereka
#3-Faktor MASA – Tidak dapat membuat sedikit kraftangan dan menghabiskan masa sepanjang hari menjualnya
#4-Perlunya latihan untuk mendapatkan kemahiran 'menjual' atau untuk menjalankan perniagaan yang besar.

Halangan-halangan ini memaksa pembuat-pembuat kraftangan barang kemas, seperti beaders, pengukir-pengukir dawai, silversmiths, tukang emas, dan sebagainya berpuas hati walaupun hanya mendapat 50% dari titik peluh mereka.

Mari bayangkan senario ini dalam satu bidang perniagaan yang lain. Anda membawa kereta anda kepada satu orang mekanik tempatan. Enjin pecah dan mekanik itu memberitahu anda,“Baik, ia adalah akan menelan belanja sebanyak RM2,000 untuk satu enjin terbaru.” Anda menjawab,“Baik saya memiliki beberapa kereta, dan sekali-sekala salah satu kereta saya akan rosak. Jadi saya mahu meminta satu harga borong daripada anda, dan saya nak membayar RM1,000 secara borong.”

Apakah yang anda fikir akan berlaku? Anda tahu apakah akan berlaku. Mekanik akan memikirkan yang anda adalah orang gila dan secara baik akan menghalau anda dari workshopnya.

Bagaimanapun, kita sebagai seorang yang kreatif, kita tidak pun berfikir panjang untuk menyerahkan 40% hingga 50% dari pendapatan kita hanya untuk mendapat satu tempat atau platform untuk menjual hasil kerja kita. Pernah terfikir?

Selalunya penjual kraftangan menjual dengan harga borong dan tidak pernah mendapat hasil mereka secara sepenuhnya. Saya bukanlah mencadangkan yang kita menjual semahal yang mungkin, tetapi kalau ada hal yang boleh mengurangkan peratusan daripada keuntungan kita. Saya rasa wajarlah agar kita cuba 'buangkan' hal itu agar keuntungan kita dapat secara sepenuhnya:-)

Baiklah, cuba teka? Itu sekarang akan berakhir apabila anda belajar menjual menerusi internet? Ebay dan laman web lelong internet lain seperti www.lelong.com.my, www.artmajeur.com dan lain-lain adalah platform terbaik bagi kita untuk menjual kraftangan kita, dan ia menghairankan saya sebab hanya sedikit pembuat kraftangan yang mengambil peluang ini. Bayangkan, tidak ada sewa yang beratus-ratus atau perbelanjaan perniagaan utama yang lain.

Mari ambil masa untuk beberapa ketika untuk melihat peluang baru menjual menerusi jualan/belian lelong di internet ----Banyak orang mengatakan bahawa tiada siapa yang berjaya menjual barang kemas pada Ebay dan lelong lain.---Ia tidak demikian! Jualan kraftangan melalui internet semakin bertambah banyak dan bertumbuh dengan lebih cepat lagi dengan bantuan internet.

Anda bila lagi? Marilah sama-sama merancakkan lagi arena perniagaan internet.

No comments:

 

Testimonials


I bought the 'How to Make Wire Names" book and I am GLAD I found it. I am a 66 yr old disabled man on dialysis and now I have a way to make a living!

Doing wire names at festivals and farmers markets and my worst day I made $100. Usually I make between $200 & $300 a day. Not bad for "working" 10 hours on a weekend.

I love what I am doing and the people I meet making wire name pins and pendants
Thanks for showing me this opportunity...

By Peter Lansing



Get it Here



What Will You Get?


Now with 162 pages jam packed with Instructions and Photographs. This Skill could make all the difference to how you make money in the future..